Jangan Tempah Selagi Belum Baca Sampai Habis

Kisah Trauma Melancong Ke China Ini Wajar Dijadikan Teladan

Kami ingin berkongsi kisah sedih sebuah keluarga Malaysia yang melancong ke Beijing yang diceritakan di blog Denaihati ini. Pakej 7 hari 6 malam yang murah itu rupanya ada udang di sebalik batu dan penuh dengan manipulasi. Mereka dibawa ke tempat melancong yang menyeronokkan pada awalnya, tetapi bermula hari ketiga, mereka dibawa melawat dari kilang jed ke kilang teh ke kilang pisau, dari satu pusat kesihatan ke pusat kesihatan yang lain dan dipaksa membeli produk-produk di situ dengan harga yang langsung tidak masuk akal. Paling malang, produk yang dipaksa beli itu kebanyakannya tiruan. Pelbagai strategi licik yang mereka gunakan sehingga ada yang terpedaya berbelanja mencecah ribuan ringgit. Ikutkan hati hendak sahaja keluar, tapi apakan daya, pintu semua telah ditutup untuk menghalang pelancong meloloskan diri. Masa yang sepatutnya digunakan untuk melawat kota budaya itu banyak habis di tempat-tempat seperti itu sahaja.

Kenapa ada pakej ke China dengan harga begitu murah? Ini adalah strategi yang dicipta oleh Pusat Pelancongan China bertujuan menarik seramai mungkin pelancong ke China dengan pakej yang murah memperdaya hati. Kos mereka selebihnya ditanggung dari pembelian secara paksa ini, ejensi pelancongan pula mendapat komisen daripada setiap hasil jualan. Jika ada ejensi yang enggan membawa ke tempat paksa beli ini, setiap pelancong akan dikenakan bayaran USD$ 21 setiap seorang untuk setiap tempat shopping! Bayangkan pelancong diwajibkan untuk pergi ke 6-7 tempat paksa beli.

Kami merupakan pelajar Malaysia yang telah 5 tahun tinggal di sana, kami tahu ‘loopholes’ untuk mengelak kejadian ditipu seperti di atas. Kami berani jamin harga yang kami tawarkan adalah berbaloi dengan servis yang kami berikan. Setiap waktu dengan kami adalah waktu berkualiti melawat ke tempat-tempat bersejarah yang best, persembahan tradisional China yang mengkagumkan, tempat shopping murah & banyak pilihan, restoran halal yang  menyajikan Chinese food yang sedap dan sesuai dengan lidah orang Malaysia, waktu solat yang sentiasa diingatkan, malah visa, hotel, private transport semua kami uruskan untuk anda.

Berhati-hatilah dengan pakej murah di luar sana yang tidak masuk akal. Melancong ke China sepatutnya menjadi pengalaman yang menyeronokkan & diingati dan bukan sebaliknya.