1. Istana Larangan

Istana Larangan yang berada di tengah-tengah kota Beijing ini mempunyai 8,704 buah bilik dalam kawasan seluas 250 hektar. Ianya dibina dari tahun 1406 sehinggalah pada tahun 1420. Namun istana ini pernah berlaku kebakaran, lalu melalui pembinaan semula, dan juga telah melalui banyak kali proses renovasi membuatkan seni bina yang anda lihat hari ini adalah seni bina dari kurun ke-18 pada pemerintahan Qing dinasti. Jika anda melawat ke Kota Larangan ini, jangan lupa untuk menaiki bukit Jingshan di belakangnya dan menikmati pemandangan seluruh Istana Larangan dari atas.

2. Dataran Tian’anmen

Dataran Tian’anmen ini berada betul-betul di hadapan Istana Larangan, sebelum anda memasuki ke Istana Larangan anda akan menjumpai dataran ini terlebih dahulu. Di sinilah tempatnya di mana Presiden Mao Ze Dong mengisyhtiharkan pertubuhan Republik China pada tahun 1949. Setiap hari ketika matahari terbit & terbenam, upacara menaikkan & menurunkan bendera negara China akan diadakan. Datang 30 minit awal untuk menyaksikan upacara ini dengan persembahan perbarisan tentera yang sungguh teratur & mengkagumkan.

3. Istana Musim Panas (Summer Palace)

Istana Musim Panas ini merupakan antara tempat kegemaran penulis ketika belajar di Beijing dahulu. Ia merupakan taman diraja yang terbesar di China. Di sini suatu ketika dahulu menjadi tempat di mana maharaja berehat ketika musim panas. Istana ini terdiri daripada Bukit Panjang Umur (Wanshou shan) dan tasik Kunming dengan taman yang luas dan suasana permai yang sungguh mendamaikan. Ia telah dimasukkan ke dalam senarai tapak warisan UNESCO pada tahun 1998.

4. Tembok Besar China

Tembok ini dibina pada Dinasti Qin (221-207BC) menggunakan tepung gluten dari beras untuk menyambung batu-bata membentuk tembok sepanjang 8851.8km. Pembinaan tembok ini telah mengorbankan lebih 1 juta nyawa dan dikatakan kubur terpanjang di dunia setelah ahli arkeologi menjumpai banyak tulang manusia di bahagian bawah tembok tersebut. Semasa Revolusi Budaya (1966-1976) banyak batu-bata telah diambil untuk pembinaan rumah, kebun dan empangan, ditambah pula dengan hakisan & bencana alam, menjadikan tembok itu susut seperti yang kita lihat hari ini,

5. Stadium Olimpik

Usain Bolt dari Jamaica memecahkan rekod dunia dengan memenangi kedua-dua pingat emas dalam larian 100m & 200m di stadium berbentuk sarang burung ini ketika Olimpik 2008. Di Pusat Aquatik Negara (Water Cube) pula, Michael Phelps dari Amerika mencipta sejarah dengan memenangi 8 pingat emas!

6. Niujie & Masjid Niujie

Niujie atau jika diterjemahkan, Jalan Lembu merupakan tempat tumpuan masyarakat berbangsa Hui atau masyarakat Islam di China. Ketika perayaan Aidilfitri & Aidiladha, jalan raya di sini akan penuh sesak dengan masyarakat muslim. Di sini terdapat sebuah pasaraya yang menjual semua jenis makanan halal dari makanan ringan sehinggalah daging halal. Jalan ini juga menempatkan masjid tertua di Beijing, masjid Niujie yang telah dibina lebih 1 ribu tahun yang lalu. Senibina China telah diterapkan dalam pembinaan masjid ini, menggantikan senibina ciri Islamik.

7. Qianmen Street

Qianmen mempunyai sejarah lebih dari 570 tahun, merupakan antara pusat dagangan terakhir dalam sejarah Beijing lama. Lorong bersejarah ini mencapai kemuncaknya pada Dinasti Qing (1644-1911) dengan pelbagai aktiviti seperti pesta tanglung, teater & rumah-rumah teh. Walaubagaimanapun, Qianmen yang kita lihat hari ini adalah yang telah dibina semula kerana Qianmen asal dari Dinasti Ming & Qing telah hancur dibakar pada tahun 1900 oleh Tentera Imperial Jepun.

8. Hongqiao Market (Pearl Market)

Anda minat shopping? Boleh datang bertandang ke Hongqiao Market ini. Pelbagai barangan cenderahati dijual di sini, sutera Cina, porselin, barang mainan, barang digital juga ada dijual. Apabila melancong ke China, anda kena menguasai teknik tawar-menawar kerana kebiasaannya penjual akan meletak harga kapak dan langsung tidak masuk akal dari harga asal. Tawar sahaja harga yang anda ingini, kemudian lari! Biasanya penjual ini akan memanggil anda balik dan bersetuju dengan harga anda. Kalau dia tidak panggil bermakna harga anda mungkin terlalu rendah.

Melancong ke Beijing lebih mudah & murah dengan pemandu pelancong. Jom melancong bersama pemandu pelancong Malaysia yang fasih berbahasa Mandarin!